Sayu : Penyanyi Hasnor balut perut WANITA terburai parah ditikam (5Gambar)

Kuala Lumpur : Penyanyi Hasnol Hassan ‘senteng lengan bajunya’ dan bersama doktor membantu membalut luka wanita warga asing yang parah ditikam di perut, di Putra Height, di sini, hari ini.
Hasnol, 46, yang juga peserta Gegar Vaganza Satu, berkata ketika itu dia berada di tempat kerjanya dan terdengar jeritan sebelum diberitahu rakan sekerja berlaku satu kejadian berhampiran pejabat mereka, pada 4.30 petang.


Menceritakan detik kejadian, Hasnol berkata, dia yang ingin tahu kejadian itu segera keluar daripada pejabat sebelum menemui mangsa terbaring bersama doktor di sisi.
"Doktor itu dari klinik berhampiran. Ketika itu dia sedang membantu mangsa berlumuran darah.
“Berbekalkan tunjuk ajar Akademi Pertahanan Awam, saya buang perasaan takut dan bersama membantu doktor dengan membalut luka di perut mangsa dan menyelamatkan mangsa yang parah akibat perut terburai," katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, wanita itu dikatakan terbabit dalam perbalahan dengan lelaki dipercayai teman lelaki.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment