Sayu : Ngeri !! mayat remaja lelaki dikerat,disorok dalam saluran longkang diTangkak

Tangkak : Mayat remaja lelaki ditemui dikerat beberapa bahagian, dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut di sini, hari ini.
Setakat ini, polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu namun ia dipercayai kerana cemburu dan mangsa dikatakan bukan penduduk kampung berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki dan sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.
"Hasil siasatan awal, kami menemui lima bungkusan plastik yang disumbat dalam dalam saluran longkang di tepi rumah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah itu.
"Kami percaya mangsa, seorang remaja lelaki dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badan, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, tidak sampai sejam selepas menerima laporan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-HM
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan