Sayu : Maafkan ibu sayang .. bayi comel ini ditinggal berteman koala bear di Masjid (4Gambar)

Kuala Lumpur : Seorang bayi lelaki telah dijumpai ditinggalkan dalam kotak atas peti tabung di Masjid  Al Hidayah Melawati hari ini .

Bersama bayi tersebut ditemui satu nota yang amat menyentuh hati "  Asslaimualikum jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21.11.16, tidakan saya pada bayi ini bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu, jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu insyallah jika punya jodoh kita akan berjumpa " I LOVE YOU 

Amat menyentuh hati apa yang ditulis oleh ibu bayi ini, kes ini disiasat oleh pihak berwajib untuk mengetahui punca sebenar kejadian.