Sayu : Maafkan ibu sayang .. Babby Fiyyah 6 bulan maut lepas 3 jam bertarung nyawa .. ibu ayah parah (8Gambar)

ALOR GAJAH: Seorang jururawat Hospital menempuh detik hitam apabila bayi nya berusia 6bulan maut selepas 3 jam bertarung nyawa impak dari kemalangan yang menimpa mereka 3 beranak.

Berita Harian melaporkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas kenderaan dipandu bapanya bertembung sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan di Jalan Parit Melana-Durian Tunggal, di sini petang semalam. 

Nur Amni Safiyyah Hafiz, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka, kira-kira tiga jam selepas nahas pada jam 3.30 petang berkenaan. 






Bapa mangsa, Hafiz Jamil, 31, dan ibu, Norizuani Mahat, 30, turut mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata kejadian dipercayai apabila Proton Wira Aeroback dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan dari Durian Tunggal ke Alor Gajah sebelum terbabas ketika melalui satu selekoh tajam. 

Katanya, kereta dipandu Hafiz kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah Perodua Kembara yang dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun. "Proton Wira Aeroback itu kemudian terbabas pula ke kiri jalan, manakala Perodua Kembara melintang di tengah jalan. 

Pemandu Wira tersepit di tempat duduknya dan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah," katanya ketika dihubungi, hari ini. A Asmadi berkata, Hafiz patah tulang punggung, manakala isterinya bengkak kaki kanan dan tangan kiri akibat kejadian itu. "Pemandu Perodua Kembara dilaporkan tidak cedera. 


Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan sebelum bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam jam 6.15 petang semalam akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.