Sayu : Kami tidak akan MAAFKAN mereka .. Kami akan saman Hospital Tanah Merah -Bapa bayi (3Gambar)

Tanah Merah : Kemelut kes penculikan bayi di Hospital Tanah Merah terus berterusan walaupun anak pasangan ini yang dicuri dijumpai semula dan pasangan yang menculik terus ditahan reman.
Keluarga  bayi perempuan yang dilarikan dari Hospital Tanah Merah (HTM) akan mengambil tindakan saman terhadap pihak hospital kerana didakwa cuai hingga berlakunya kejadian yang tidak dingini itu.
Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, berkata, tindakan tegas itu akan diambil bagi memberi pengajaran kepada petugas hospital kerana menyebabkan anak keduanya dibawa keluar dengan mudah dari hospital berkenaan.
Sementara itu isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, masih trauma dengan kejadian itu dan sentiasa dekat dengan anak mereka termasuk ketika mahu ke tandas.

“Jika isteri mahu ke tandas, dia akan memastikan ada orang yang menjaga bayi kami kerana bimbang kejadian yang sama berulang lagi walaupun di rumah sendiri.
“Kami sepakat mahu mengambil tindakan saman dalam masa terdekat dan akan berbincang dengan pihak peguam.
“Saya dan isteri kesal dengan kejadian itu kerana kawasan hospital sepatutnya ketat dan mempunyai prosedur untuk membawa keluar bayi, namun ia tidak seperti yang disangkakan,” katanya
Jelas Ihtisyamuddin lagi, mereka tidak akan memaafkan pasangan yang sanggup melarikan bayi mereka. Malah berharap kejadian itu tidak berlaku pada orang lain.
Terdahulu, seorang bayi perempuan berusia lima hari dibawa keluar dari HTM oleh pasangan suami isteri berusia 26 dan 23 tahun pada jam 8.40 malam Selasa lalu.
Kehilangan bayi berkenaan disedari ayah dan ibunya yang datang ke HTM untuk melawat bayi mereka.