Sayu : Kakak PAPA dah tak ada .. sayu lihat wajah ISTERI dan ANAK arwah..arwah pesan suruh jaga diri (8Gambar)

MELAKA : Hanya air mata yang mengiringi permergian arwah, sebak pilu pada sesiapa yang melihat wajah isteri arwah dan anak sulung nya yang masih belum mengerti apa-apa yang papa tersayang telah dijemput ilahi.

"Arwah sempat pesan saya minggu lepas semasa jumpa supaya jaga diri baik-baik," kata adik ipar Mohd Ridzuan Md Yusof, 34, mangsa gilis treler di Plaza Tol Setia Alam, Selangor.

Mohd Zunnurain Mohd Yusof, 26, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan abang iparnya minggu lalu ketika pengebumian arwah atoknya dan sempat berpesan supaya  menjaga diri.





"Minggu lepas dia sempat pesan dengan saya supaya jaga diri dan mula nampak kelainan pada beliau sebab kurang bercakap berbanding sebelumnya yang suka mengusik," katanya di kediaman ibu mangsa di Rumah Awam 2, Bukit Rambai, sebentar tadi.

Mohd Ridzuan maut digilis sebuah treler berdekatan Plaza Tol Setia Alam pada jam 1 petang semalam.

Jenazah arwah selamat disemadikan malam tadi dikampung halaman arwah di Bukit Rambai Melaka. Al fatihah