Sayu : Kakak cepat SEMBUH yer .. Adik moga tenang disana ..Cantik WAJAH ibu nya tapi amat KEJAM (8Gambar)

Sungai Petani : Tergamak ibu ini bersubahat dengan teman lelaki untuk dera anak lelaki hingga maut dan dera anak perempuan nya hingga parah.
Wajah ibu cukup sempurna tetapi amat kejam ini menimbulkan kemarahan Netizen pada ibu nya apabila gambar ibu kedua-dua beradik ini tersebar di media sosial.
Jenazah budak lelaki berusia dua tahun yang mati didera sebelum disorok di dalam tong ikan oleh teman lelaki ibu kandungnya selamat, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Sungai Petani, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Terdahulu, difahamkan jasadnya dituntut oleh neneknya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, 7 pagi.






Dilaporkan, polis menemui mayat mangsa yang reput hampir 60 peratus tanpa kulit dan rambut di kepala di sebuah rumah tiga bilik di Flat Paya Nahu di sini.
Mayatnya yang dibalut dengan selimut toto dan diletakan di dalam tong ikan berkenaan ditemui awal pagi semalam apabila pihak polis memeriksa rumah berkenaan selepas dihubungi oleh jiran yang mendengar pergaduhan di situ.
Siasatan awal menunjukkan kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia pada 9 November lalu.
Dalam perkembangan sama, kakak mangsa berusia empat tahun yang turut dipercayai didera oleh suspek sama, sedang menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim akibat kecederaan di kepala dan badan.
Polis memperoleh perintah reman seminggu terhadap emak mangsa berusia 26 tahun dan teman lelakinya 34 tahun bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mendatangkan kecederaan.
Kedua-dua suspek turut didapati positif dadah amphetamine ketika ditahan.