Sayu : Jururawat dan anak kedua dijemput AJAL tak sempat lawat nenek .. suami serta 2 anak parah (6Gambar)

Tanah Merah :  Impak rempuhan amat kuat, jika dilihat pada kereta Viva yang dinaiki 5 sekeluarga ini.
Dalam kejadian itu dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jedok Tua, dekat Bukit Bunga, di sini, hari ini.
Arwah Suriawati Ismail, 32, dan anaknya, Nuramani Amanina Erma Syahril, 5, meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira 2 petang.



Suaminya, Erma Syahril Mohamed, 32, yang memandu Perodua Viva dan dua anak mereka, masing-masing dua dan sembilan tahun parah.
Mangsa yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Desa Kampung Blok Ulu Kusial, bersama suami dan tiga anak dalam perjalanan untuk melawat neneknya di Kampung Jedok.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu suami mangsa dirempuh dari arah belakang oleh Proton Waja.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian kemalangan itu.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment