Sayu : Hafiz dijemput ajal jatuh TERSEMBAM dalam air banjir kilat ketika pindah barang (6Gambar)


Baling : Hafiz lemas selepas dipercayai terjatuh ketika menuruni tangga rumahnya yang dimasuki air berikutan banjir kilat di Kampung Belakang Sekolah Kupang, di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa, Darul Hafiz Mohd Daniel, 23, dikatakan terjatuh ketika sedang mengalihkan perkakas ke tingkat atas rumah. Mangsa dipercayai terjatuh ketika menuruni tangga lalu mukanya tersembam ke dalam air.
Datuk mangsa, Mohd Rodzi Ahmad, 77, berkata, sebelum kejadian mangsa sedang berehat bersama rakannya yang lain di luar rumah berikutan kepenatan selepas rumah didiami bersama datuk serta neneknya dimasuki air.



"Mangsa kemudian masuk semula ke rumah dan naik ke tingkat atas untuk mengalihkan beberapa perkakas rumah. Rakan mangsa yang hairan berikutan mangsa tidak keluar semula selepas itu masuk untuk memeriksa keadaan sebelum menjumpai mangsa terbaring dalam keadaan terlangkup di dalam air berhampiran tangga.
"Saya percaya dia terjatuh ketika sedang menuruni tangga untuk mengalihkan barang ke tempat selamat, namun menyerahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superitendan Shariffuddin Yusuf berkata, mangsa ditemui oleh rakannya dalam keadaan tertiarap dalam air di kaki tangga di rumah berkenaan.
"Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika diangkat oleh rakannya sebelum dihantar ke Hospital Baling.
"Mayat mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat dan sehingga kini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut," katanya.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan