Sayu : Foto suspek kerat 10 remaja di Tangkak .. nampak nampak baik jerr tak sangka (3Gambar)

Muar : Pihak polis tidak menafikan adanya sembarang pergaduhan antara suspek dan mangsa sebelum remaja itu maut dikerat 10 dan kepalanya ditanam,dalam kejadian yang berlaku di di Jalan Kesang Laut,sepertimana yang di tulis pemberita sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, hasil soal siasat sebelum ini, suspek yang juga berstatus orang kurang upaya (OKU) pembelajaran mengakui mempunyai perselisihan faham dengan mangsa.

“Suspek ada memberitahu dia (suspek) datang dan bergaduh, tapi tidak menyatakan punca sebenar atau pun menyebut nama sesiapa. “Dia cuma mengakui ada perselisihan faham antara mereka,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.


Suspek Muhammad Firdaus bin Hamzah 19,ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah reman hingga 13 November itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat terhadap suspek berusia 19 tahun yang dipercayai mengenali mangsa.
Sehingga kini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan bagi laporan orang hilang yang dibuat penduduk di sekitar daerah itu juga tidak menemui sebarang petunjuk atau persamaan dengan mangsa. Credit Eberita.org
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment