Sayu : Foto detik pilu Ayrill dipeluk ayah dan ibu .. dia ditemui lesu dan bingung jam 7malam (8Gambar)

KUALA LUMPUR : Kuasa VIRAL berkat doa semua rakyat Malaysia adik Ayrill telah ditemui dengan selamat walaupun agak lesu dan kebingungan setelah 6 hari hilang sejak 31.10.16 yang lalu.

Foto-foto detik pilu pertemuan Ayrill dengan ayah dan ibu membuat ramai sebak, setelah ramai yang sedia maklum yang ayah dan ibu Ayrill tidak lagi bersama.

Alhamdulillah... Allahuakbar...
Syukur Ya Allah Aqasha dah di jumpai...xdpt cite details tetapi saya berterima kasih atas doa2 kalian... sekarang kami di ibupejabat polis... terima kasih Allah je yg mbalas sgalanya... Terima kasih adik Mael yg menemui, membawa pulang dan memberitahu kami... Mohon viralkan agar semua tahu berita terkini ini... - Siti Rohayu (Ibu Ayrill)

Ibu nya Siti Rohayu berterima kasih pada semua yang telah memviral kisah kehilangan adik Ayrill dan terima kasih juga kepada Adik Mael yang telah mejumpai adik Ayrill.





Dalam pada ini akhbar Berita Harian melaporkan kanak-kanak lelaki 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Oktober lalu ditemui selamat di sebuah perhentian bas oleh seorang remaja di Ampang, malam ini. Noor Ayril Aqasha ditemui seorang remaja lelaki dalam keadaan lesu dan kebingungan, jam 7 malam. 

Bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, ketika dihubungi BH malam ini mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan keselamatan anaknya sehingga ditemui dalam keadaan selamat.

 "Alhamdulillah syukur kepada Allah, ..lega hati saya bila dapat panggilan dari bekas isteri kira-kira jam 11 malam tadi mengatakan Ayril sudah ditemui.

 "Saya difahamkan Ayril mengikut sebuah keluarga ke sebuah pasar raya sebelum terpisah daripada keluarga berkenaan menyebabkannya hilang arah, ..namun saya belum dapat bertanya lanjut bagaimana dia boleh mengikut keluarga berkenaan kerana Ayril masih dalam keadaan lemah," katanya. Katanya, selepas Ayril ditemui remaja berkenaan, dia dibawa pulang ke rumah keluarga remaja itu di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri sebelum diberikan makanan dan membersihkan dirinya. 

"Remaja itu kemudian menghubungi nombor telefon bekas isteri saya yang mungkin diperoleh melalui mesej yang tersebar di media sosial. 

"Kebetulan adik kepada remaja yang menemui anak saya adalah rakan Ayril, mungkin dia memang mengenali Ayril selain melalui sebaran media yang meluas," katanya. Kelmarin, berita kehilangan Noor Ayril tersebar di media sosial selepas ibunya menyebarkan mesej kehilangannya memohon bantuan orang ramai mencarinya. 


Noor Ayril kali terakhir dilihat di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, Cheras dan tidak pulang ke rumah selepas dikatakan keluar dari bilik sewa bapanya di situ.

Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment