Sayu : Daus dijemput ajal selepas 8jam bertarung nyawa .. kereta Honda nya rempuh pokok (6Gambar)

Langkawi: Daus tersepit apabila Honda Civic dipandu nya merempuh pokok di laluan yang lurus,kawasan kemalangan agak sunyi dan seram.
Harian metro melaporkan selepas lebih lapan jam bertarung nyawa, seorang peniaga lelaki yang terbabit kemalangan di Kampung Keda Wang Tok Rendong di sini, pagi tadi, disahkan meninggal dunia petang ini.
Dalam nahas 7.30 pagi itu, mangsa, Mohd Firdaus Ahmad Sukri, 20, dari Perumahan Keda di sini, yang cedera parah dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi (HL).



Mangsa sebelum itu yang tersepit di tempat duduk pemandu keretaHonda Civic dipandunya, dikeluarkan oleh sepasukan enam anggota bomba .
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohd Firdaus terbabas sebelum merempuh pokok di tepi jalan.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di jalan rata dua lorong dalam cuaca baik dan terang, selain mangsa yang juga seorang peniaga memiliki lesen memandu yang sah.
"Berikutan perlanggaran itu mangsa mengalami cedera parah tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dibawa ke HL untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini," sebentar tadi.
Bagaimanapun, Mahadhir berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang ketika menerima rawatan.
"Bahagian hadapan kereta terbabit rosak teruk dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan