Sayu : Cubaan bunuh diri .. pelajar wanita tingkatan 4 kritikal jatuh tingkat 3 sekolah

BUTTERWORTH : Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah di Mak Mandin di sini, parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa dikatakan naik ke tingkat tiga salah sebuah blok bangunan sebelum memanjat tembok koridor tanpa disedari pelajar lain. 

Difahamkan, mangsa sempat bergayut pada besi tembok sebelum terjatuh ke kawasan berumput di tepi blok bangunan. Kejadian itu kemudian disedari seorang guru yang mendengar bunyi kuat dan melihat pelajar berkenaan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh pihak sekolah dengan dia dilaporkan masih dirawat di Unit Zon Kritikal hospital berkenaan. 

Beliau yang dihubungi malam ini berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. BH (GAMBAR HIASAN)