Sayu : Cikgu Faizun maut isteri cedera .. kereta kemalangan lepas lawat anak di Matrik Gopeng tadi (5Gambar)

Kuala Kangsar: Pasangan guru ini dalam perjalanan pulang selepas melawat anak mereka di Matrikulasi di Gopeng yang anak nya akan mengambil peperiksaan esok.
Harian Metro melaporkan seorang guru maut selepas kereta dipandunya terbabas merempuh penghadang jalan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian 3.10 petang itu, Mohamad Faizun Ahamad, 50, guru Sekolah Menengah Kebangsaan SMK) Tun Perak, Padang Rengas, dekat sini, yang memandu kereta jenis Proton Iriz maut di lokasi kejadian manakala isternya cedera ringan.



Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menghala Kuala Kangsar.
Menurutnya, kereta itu dipercaya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di kiri lebuh raya.
“Pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, yang juga guru SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan