Sayu : Ajal pulang dari sekolah..Azura menahan kesakitan amat sangat diakhir hidupnya (10 Gambar)

Alor Gajah : Azura pelajar tingkatan 4 maut dalam kemalangan petang semalam ketika pulang dari sekolah kereta yang dinaiki nya terlibat dalam kemalangan.
Mengikut rakan baik nya Nienie yang dipanggil kakak,  zura tempat dia mengadu dan cerita apa-apa kini zura yang dianggap adik telah tiada.
Ini luahan sayu Nienie : 
Selamat malam Syarifah Azura . Terimakasih sebab pernah jadi kawan akk , lepasni takde tempat lagi akk nak ngadu , nak cerita pape . Hmm kita dah janjikan nak jumpa . Kenapa cepat sangat adik pergi . Adk tinggalkan akk . Akakk dah takde kawan macam adik lagi . Dulu adk bnyak support akk tolg akk . Allah lagi sayangkan adik . Singkat sangat perkenalan kita . Moga adik tenang dia sana . Banyak dah kita cipta kenangan walaupun baru rapat baru kawan . Hmmm Al fatihah Syarifah Azuraa😔😔






Dalam pada itu Harian metro melaporkan dua pelajar sekolah menengah antara tiga yang maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Padang Sebang, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian  6.30 petang itu, Nur Syarifah Azura Ramzi, 16; Muhammad Haziq Norhesyam, 15; dan Herman Md Johan, 23, maut selepas kereta Proton Saga dinaiki bersama Muhammad Daniel Jamaluddin, 15, dari arah Tampin, Negeri Sembilan ke Alor Gajah, bertembung dengan Perodua Axia dari arah bertentangan.
Difahamkan Nur Syarifah Azura dan Herman meninggal dunia di tempat kejadian, dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, manakala Muhammad Haziq meninggal dunia di Hospital Tampin.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Pemangku Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, seorang lagi penumpang tempat duduk belakang Proton Saga iaitu Muhammad Daniel masih dirawat di Hospital Tampin.
Katanya, pemandu kereta Perodua Axia Tan Chee Song, 29; Zainaf Hussin, 35, (Proton Exora); cedera dan dirawat di Hospital Tampin manakala pemandu Proton Wira Norsuhaila Sulaiman, 26, tidak cedera.
"Difahamkan kereta Proton Saga dari arah Tampin hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan kerana keadaan jalan licin akibat hujan lebat, bertembung dengan kereta Perodua Axia dipandu Chee Song.
"Akibat pertembungan itu, Proton Exora dan Wira di belakang kereta Perodua Axia tidak sempat mengelak lalu terbabit sama dalam kemalangan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan