Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kedua-dua mangsa, Fariz Idham Jaafar, 14, dan rakannya Muhammad Azim Azlan, 16, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Mawardi Ahmad berkata, kejadian berlaku selepas motosikal jenis Yamaha 125Z yang dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum melanggar kabel tiang elektrik yang kendur akibat dihempap pokok tumbang.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE