Sayu : Air mata ibu .. anak baru 2 hari ambil SPM maut diseret treler kes langgar lari (6Gambar)

Pelabuhan Klang: Ibu yang tidak sedih melihat anak terbujur kaku dengan kesan darah akibat diseret treler dalam kes langgar lari petang semalam.
Baru dua hari arwah Fikri menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia dijemput ajal dalam kejadian langgar lari di Jalan Pelabuhan Barat, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, Muhammad Fikri Hariri @ Herry, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Indah, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah akibat diseret treler.




Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dari arah Pelabuhan Klang menuju ke Klang menunggang di tengah jalan sebelum bergesel dengan sebuah lori.
"Akibat pergeselan itu, mangsa terjatuh ke bahagian kiri jalan sebelum dilanggar dan diseret sebuah treler.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan