Sayu : Ain terharu doa rakyat Malaysia .. Isteri PM luang masa lawat mangsa kebakaran HSA (3Gambar)

JOHOR BAHRU : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat mangsa-mangsa kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Rosmah yang merupakan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) tiba di lobi hospital itu kira-kira pukul 11.20 pagi.
Ketibaannya disambut isteri Menteri Besar Johor merangkap Yang Dipertua Badan Awam Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Johor (Juita) Datin Seri Rosni Omar, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rooshaimi Merican A. Rahim dan Pengarah HSI Dr Arbain Lani.
Rosmah yang juga penaung program Permata Negara (Permata) kemudian diiringi ke Bilik Mesyuarat Sri Pandan di bangunan tersebut bagi mendengar taklimat ringkas oleh Dr Rooshaimi berhubung kejadian dan keadaan mangsa.
Taklimat itu berlangsung kira-kira setengah jam dan setelah tamat, beliau dibawa ke Unit Rawatan Kebakaran di tingkat lima bangunan.
Di unit itu, beliau melihat sendiri perkembangan keadaan pesakit S. Suppamah, 67, serta dua jururawat HSA iaitu Nursuhaily Saliman, 23, dan Nurul Ain Zulkalnain, 24, yang cedera akibat kebakaran berkenaan.
Rosmah juga dibawa ke wad penjagaan paliatif pediatrik di aras yang sama untuk bertemu dengan dua lagi mangsa yang sudah pulih daripada kecederaan serta enam waris mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi terbabit.
Kesemua mereka diberikan sumbangan wang tunai, masing-masing daripada Bakti, Yayasan Permata dan Juita.
Tragedi pada 26 Okt itu mengorbankan enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu K. Logeswaran, 20, Choo Lin Fung, 37, Toh Ah Wah, 60, Yusof Hassan, 53, M. Kaliama, 23, dan C. Neeramala Devi, 24, serta mencederakan lima yang lain terdiri daripada seorang pesakit, tiga jururawat dan seorang pelajar jurupulih fisioterapi. – BERNAMA
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan