Sayu : Abang kenapa BUNUH anak kita ..Dada anak TERPANCUT darah ditikam BAPA (4Gambar)

JOHOR BAHRU : Sedih dan pilu apa yang terpaksa ditempuhi oleh ibu ini, anak nya maut di tikam oleh suami manakala suami nya juga cedera gara-gara bertengkar akibat masalah kewangan.

Hanya ibu yang berkerja untuk menyara keluarga suami dan anak tidak berkerja ini lah yang menyebabkan perkara tragis ini berlaku.

Utusan Online melaporkan perselisihan faham ke­rana masalah kewangan dipercayai menjadi punca pergaduhan sehingga meng­akibatkan seorang pe­muda maut akibat ditikam bapa kandu­ngnya di Taman Ehsan Jaya, Desa Cemerlang dekat Seri Alam di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Azrul Hanafi Naza­rudin, 23, meninggal dunia di ruang tamu rumahnya setelah cedera parah di bahagian kiri dada akibat tikaman itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd. Aziz berkata, sebelum kejadian berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara mangsa dan bapanya berusia 54 tahun yang disaksikan ibunya berusia 49 tahun.

“Mangsa ditikam sekali de­ngan pisau di bahagian dada kiri manakala bapanya cedera de­ngan dua tikaman di dada kiri dan satu di perut.

“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian terpaksa mengambil masa selama sejam untuk berunding dan memujuk bapa mangsa sebelum menahannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jokhiri berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat manakala bapa mangsa yang selamat dan stabil dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Katanya, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan punca kejadian disebabkan perselisihan faham yang telah lama berlarutan dalam keluarga itu terutamanya berkaitan masalah kewa­ngan.

“Hanya ibu mangsa bekerja sebagai pembantu kantin kilang manakala bapa dan mangsa tidak bekerja selain tiga adik mangsa masih bersekolah.

“Bapa mangsa akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa memiliki keperibadian yang sa­ngat baik selain amat menghormati orang yang lebih tua.

“Saya tahu mengenai perkara ini daripada anak saya yang merupakan rakan kepada arwah (mangsa). Mereka sebelum itu bercadang untuk bermain badminton pada malam tadi sebelum dimaklumkan kejadian yang telah berlaku.

“Keluarga arwah ini adalah orang yang baik-baik. Kami juga terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya yang memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Raudah, Taman Mount Austin di sini. Al fatihah

Post a Comment

[blogger]

MARI themes

Powered by Blogger.