Sayu : Abang Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din meninggal dunia 6.05 petang di IJN (2Gambar)


KUALA LUMPUR: Abang kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 6.05 petang tadi.

Perkara itu disahkan melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official), sebentar tadi.

Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Ustaz Ishak Din 

"Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi. "Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. 


Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin," katanya. Difahamkan, Ishak menjalani satu pembedahan jantung di IJN pada Jumaat lalu, sebelum keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot petang tadi.