Sayu : 23 murid (SK) Pasoh dirasuk mereka muntah dan bertukar kelakuan seperti harimau (5Gambar)

JEMPOL : Ya allah sembuhkan mereka .. kesihan mereka berkelakuan seperti harimau dikala mereka tidak ingat apa-apa akibat dirasuk.
Akhbar kosmo melaporkan serangan histeria berulang di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 3 di sini pagi ini melibatkan kira-kira empat murid lelaki dan 23 murid perempuan hari ini.
Wartawan Kosmo! yang membuat tinjauan di sekolah itu hari ini menyaksikan murid tahun empat terbabit tiba-tiba muntah. manakala tubuh beberapa murid perempuan tahun lima lemah sebelum seorang daripadanya berkelakuan seperti harimau.


Murid perempuan tahun lima itu dilihat merangkak-rangkak di lantai dan mengaum seperti harimau sebelum melompat ke atas meja sekolah seolah-olah mahu menerkam mangsa.
Kejadian pelik kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan beberapa guru dan pengamal perubatan Islam yang berada di sekolah berkenaan terpaksa mengawal pelajar yang bersikap agresif daripada mengalami kecederaan.
Sehingga pukul 12 tengah hari ini, kejadian histeria melibatkan puluhan murid itu masih berterusan dan pihak sekolah sedang berusaha memulihkan keadaan. - VIDEO DI K! ONLINE