Sayu : Suami kena 5 jahitan dipukul isteri pada malam pertama gara-gara Anaconda besar (3Gambar)

Perkahwinan adalah satu ikatan yang dibina dengan penuh kasih sayang tetapi adakah kita mengenali pasangan kita yang akan bersama dengan kita sebagai suami atau isteri, mengenali dengan maksud tentang diri dia adakah dia sesuai untuk kita atau sebaliknya.

Jikalau kita tidak betul-betul mengenali pasangan kita yang akan jadi peneman hidup kita ini lah yang akan berlaku tetapi kisah ini bukan dinegara kita sebaliknya di Afrika Selatan, tak pasal-pasal dipukul pada malam pertama.

Mengikut laporan portal The Reporter Seorang lelaki cedera di bahagian kepala akibat dipukul dengan botol minuman keras oleh isterinya yang terkejut melihat alat sulit buat pertama kali pada malam pertama, di sebuah hotel.

Mnombo Madyibi, 32, cedera di bahagian kepala selepas cuba bersama dengan isterinya ketika dalam percutian berbulan madu, yang sebelum ini mereka bersetuju untuk tidak bersama sehinggalah mereka berkahwin. 

Wanita yang tidak didedahkan nama itu menggambarkan alat kemaluan suaminya itu, berbulu, menakutkan dan saiznya seperti timun. Malah, Madyibi pernah diberi gelaran 'Anaconda' setelah rakan pasukan bola sepaknya pernah ternampak kemaluannya di bilik persalinan. 

"Hubungan saya dengan isteri bermula dengan baik pada malam pertama. Malah, isteri juga enjoy pada peringkat awalnya. Tetapi sebaik saja saya menanggalkan seluar, segalanya berubah.

"Isteri saya menjerit ketakutan lalu menggigit telinga dan meraba alat sulit saya. Malah dia turut memukul kepala saya dengan botol arak sebelum cuba melemaskan saya dengan patung beruang yang saya hadiahkan kepadanya," katanya. 

Jeritan isterinya itu mengejutkan beberapa penghuni hotel yang lain. 

Ekoran dari kejadian itu, pasangan berkenaan akhirnya pulang ke rumah menaiki bas berasingan. 

"Saya rasa dia marah sebab saya hanya mampu membawa dia berbulan madu di tempat yang murah, bukan di tempat seperti yang diidamkannya di Zanzibar," katanya. 

Enggan memanjangkan insiden itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk menghadiri sesi kaunseling untuk menyelesaikan masalah mereka. -Credit The Reporter
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan