Sayu : Selamat jalan sayang .. lagi 1 bulan saya akan lahir kan anak kita (5Gambar)

Tumpat : Apa yang berlaku amat perit dan menyedihkan namun ini sudah ketentuan yang maha esa dia terpaksa terima dugaan yang amat berat ini.
Jenazah Muhamad Shukri Husin, 34, mangsa tikam teman lelaki adik di Kompleks Seri Iman, Terengganu, pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kok Keli 2, di sini, pada 11.40 malam tadi.

Hafiz ( Suspek )


Terdahulu, jenazah yang dibawa dari Terengganu tiba di rumahnya pada 10.05 malam.
Jenazah kemudian disembahyangkan oleh kira-kira 500 jemaah termasuk ahli keluarga, rakan sekerja dan penduduk kampung.
Isteri Muhamad Shukri, Noriah Lah, 34, yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung mereka tidak dapat membendung rasa sedih selepas melihat jenazah suaminya untuk kali terakhir.