Sayu : Mereka bergilir perkosa saya..dah puas mereka campak saya dan lari - Jururawat (3Gambar)

Kapit : Mereka memang kejam itu yang boleh saya kata kan, ini lah detik hitam yang terpaksa ditempuh oleh seorang jururawat wanita, habis manis sepah dibuang itu lah yang berlaku kepadanya dia ditinggalkan dalam keadaan separuh B*gel di kawasan Perindustrian Bleteh Sarawak Kelmarin.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dir*gol secara bergilir-gilir oleh dua lelaki yang dikenalinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai jururawat desa di sebuah pusat kesihatan ditemui orang awam sebelum polis dan ambulans dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang berusia 22 tahun itu keluar berhibur bersama rakannya di dua buah pusat karaoke di sekitar daerah itu sehingga awal pagi.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan dua lelaki dan dipercayai mengambil minuman keras sehingga mabuk.
Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, susulan kejadian itu, dua lelaki berusia 23 dan 26 tahun ditahan.
Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan di sekitar bandar daerah berkenaan selepas beberapa jam laporan dibuat susulan mereka merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.
“Suspek mengaku keluar bersama mangsa namun mendakwa wanita itu ke sebuah pusat karaoke bersama individu lain,” katanya.
Freedy berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Kapit.
Katanya, polis masih menunggu keterangan daripada mangsa bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian.
Menurutnya, dua suspek ditahan reman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mer*gol.-MNH 
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment