Sayu : Lans Koperal maut dilanggar ketika cuba bantu mangsa kemalangan (10Gambar)

Bentong: Jika sudah ajal sesaat pun tidak dapat lari ini lah yang berlalu kepada anggota tentera Lans Koperal Anuar maut ketika cuba membantu mangsa kemalangan apabila dilanggar kenderaan pebagai guna (MPV) dipercayai terbabas di Kilometer 44.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Karak, di sini, 6.30 petang tadi.
Dalam kejadian itu mangsa, Lans Koperal Khairul Anuar Zakaria, 34, dikatakan turun dari kenderaan tentera yang diletakkan di bahu jalan bagi membantu mangsa sebuah lagi MPV yang terbabas ke longkang di arah sama sebelum dia dirempuh.







Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bentong ketika dihubungi berkata, ketika kejadian cuaca dalam keadaan gerimis sebelum kemalangan meragut nyawa anggota Tentera Darat dari Kem Mempaga, Karak itu berlaku.
"Akibat rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," kata jurucakap terbabit.
Katanya, siasatan lanjut kini diserahkan kepada polis.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan