Sayu : Isteri tunggu hari bersalin..suami dijemput ilahi akibat letupan pencawang TNB (5Gambar)

Teluk Intan : Isteri juruteknik TNB yang ditimpa kemalangan akibat letupan Pencawang TNB pasrah dengan ketentuan yang maha esa suami nya dijemput ilahi setelah 15jam bertarung nyawa akibat dari kecederaan parah akibat terbakar.

Isteri arwah yang merupakan seorang guru dikenali dengan nama Cikgu Nana kini sarat mengandung 9 bulan dan menunggu hari untuk bersalin.

Dalam kejadian itu uruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Teluk Intan, Mohd Zaid Sulaiman, 34, yang parah akibat melecur dalam letupan pencawang elektrik di Hutan Melintang dekat sini semalam, meninggal dunia pagi tadi.


Mangsa dilaporkan meninggal ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) jam 8 pagi. 

Mohd Zaid melecur hampir seluruh badan akibat melecur ketika melakukan penyelenggaraan di pencawang elektrik di kawasan premis perniagaan berhampiran Kolej Komuniti Bagan Datoh pada jam 12.18 tengah hari semalam. 


Mangsa dikatakan sedang melakukan kerjanya sebelum terdengar bunyi letupan dan tidak lama kemudian mangsa dilihat keluar dari bilik berkenaan dalam keadaan tubuhnya terbakar. 

Difahamkan, beberapa kakitangan TNB yang berada di situ kemudian segera menyelamatkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment