Sayu : Air mata anak-anak .. Ayah maut ibu parah motosikal terlibat kemalangan (8Gambar)

Batu Pahat : Sedih bila lihat nasib anak-anak yang terpaksa kehilangan insan tersayang terutama bapa, ini lah yang dialami oleh anak-anak arwah Fadzillah Parman dan Norulhaslinda yang kini bertarung nyawa di hospital, hanya air mata mereka membasahi pipi meratapi apa yang berlaku kepada ibu bapa mereka .
Bapa telah pergi dijemput ilahi manakala ibu parah kini bertarung nyawa di Hospital, sama-sama kita doa agar ibu anak-anak ini kembali pulih kurang-kurang nya anak-anak ini masih ada terbergantung kasih sayang.






Dalampada itu Harian Metro melaporkan Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala isterinya parah apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 23.5 Jalan Kluang-Ayer Hitam, Parit Raja, hari ini.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa, Fadzillah Parman, 39, maut, manakala isterinya, Norulhaslinda Abdul Razak, 30-an, parah
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, nahas berlaku ketika penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari Ayer Hitam menuju ke Parit Raja.
Menurutnya sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang berada di hadapan laluan yang sama, secara tiba-tiba membuat pusingan U.
"Mangsa bersama isterinya yang sedang menunggang motosikal gagal mengelak dan merempuh kereta terbabit. Rempuhan itu menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian manakala seorang lagi parah dan kini berada di wad kecemasan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, HSNI untuk bedah siasat dan kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment