Sayu : Adik sayang MAMA .. ungkapan terakhirnya .. Adik yang minat ULTRAMAN ini dah tiada (6Gambar)

Kisah adik comel ini pernah menjadi Viral pederitaan nya melawan penyakit nya mendapat perhatian ramai pihak termasuk lah Ajak Shiro, adik ini minat sangat ULTRAMAN namun kini dia sudah tiada Allah lebih sayangkan nya.

Ungkapan terakhir Arwah adik Qayyum buat ramai sebak :

ADIK sayang mama’ demikian ungkapan terakhir Muhammad Hafiq Qayyum Abdullah sebelum pergi menghadap Ilahi, akibat penyakit kanser darah atau Leukemia AML M7 yang dihidapi, pagi semalam.

Adik Qayyum, 3, yang pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana mahu bertemu dengan adiwira kegemarannya, Ultraman, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8.15 pagi.




Jenazah Qayyum telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Pusara, Telok Gong, Klang kira-kira jam 1 petang, pada hari yang sama.
Menurut ibunya, Siti Norhasimah Uprejar; 29, malam sebelum pemergian anaknya, Qayyum tidak henti-henti batuk hingga menyebabkan wajahnya pucat dan badannya mula berbintik-bintik sebelum dibawanya ke hospital kira-kira 2.30 pagi.
“Kami sampai HKL jam 4 pagi. Masa itu, Qayyum dah sesak nafas dan doktor pun minta kami sekeluarga terima segala kemungkinan. 
“Waktu dia dah nazak, saya cakap dengan dia ‘mama dah halal susu yang mama bagi, kalau adik nak pergi… pergilah. Mama redha. Dalam pukul 8, dia tarik nafas sekali je sebelum meninggal dunia,” katanya yang ditemui Mynewshub, sebentar tadi.
Dalam pada itu, Siti Norhasimah turut menahan sebaknya apabila mengingati ungkapan terakhir anak bongsunya sebelum pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.
Kata Siti Norhasimah lagi, sepanjang perjalanan ke hospital itu tidak henti-henti anaknya mengucapkan ‘adik sayang mama’ menyebabkan hatinya diruntun rasa sayu.
Bagaimanapun, Siti akui dia sekeluarga redha dengan pemergian anak kesayangan itu kerana sudah tidak sanggup melihat Qayyum terus menderita menahan sakit yang dihidapi.
Malah, beberapa hari sebelum Qayyum meninggal dunia, Siti Norhasimah mengakui dia menyedari perubahan sikap anaknya itu.
“Qayyum selalunya suka sangat makan udang. Tapi tiba-tiba dia tiada selera dan hanya makan seekor udang.
“Selalu dia kalau nak tidur suka tutup lampu. Namun akhir-akhir ini nak sentiasa buka lampu.
“Kemudian, dekat semua orang termasuk datuknya dia ucap kata-kata sayang,”katanya.
Pada April lalu, Qayyum pernah menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yang diperoleh daripada abang sulungnya, Muhammad Fakrul Fahmi.
Minggu lalu, Mynewshub berpeluang bertemu dengan adik Qayyum yang meluahkan permintaannya menginginkan sambutan hari jadi bertemakan watak adiwira terkenal Ultraman.
Sebelum ini, Qayyum ada menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yang diperolehi daripada abang sulungnya, Muhammad Fakrul Fahmi; 9, pada April, dan menunjukkan perkembangan positif.
Namun, semuanya berubah baru-baru ini apabila doktor mengesahkan sel kansernya kembali aktif dan merebak sehingga menyebabkaan Qayyum sudah berada di tahap yang sudah tidak dapat dirawat.
Penderitaan adik Qayyum mendapat perhatian umum apabila dikunjungi artis seperti Ajak Shiro yang berpakaian adiwira Ultraman, Lisa Surihani, Siti Elizad dan ramai lagi yang prihatin akan nasibnya.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga adik Qayyum, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Maybank bapanya, Abdullah Ashaari, 162450246179. – MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan