Sayu : Terkulai layu dijemput ajal atas pokok doa .. maut ketika potong dahan

SEREMBAN : Sayu cara pemergian nya, ketika tekun berkerja dia dijemput ilahi, mungkin sudah ajalnya.

Seorang peniaga ditemui maut di atas pokok ketika memotong dahan pokok itu setinggi empat meter, dalam kejadian di Bayu Lake Homes, Mantin, dekat sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata Nik Abdul Rahman Mohd Nor, 59, ditemui orang ramai kira-kira jam 9.15 pagi dalam keadaan terkulai dan tersangkut pada dahan pokok. 

Katanya, isteri mangsa memberitahu lelaki itu keluar rumah untuk memotong dahan di rumah jirannya kira-kira jam 7.45 pagi, tetapi pada jam 9.17 pagi, wanita itu dikejutkan dengan berita suaminya tidak sedarkan diri di atas pokok.

"Bomba kemudian dipanggil untuk membantu menurunkan mangsa yang pada mulanya dikatakan pengsan. Bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.


"Hasil laporan bedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung," katanya di sini, hari ini. Zaldino berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada kesan kecederaan kecuali kesan lebam di bahagian hidung.-BH

Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment