Sayu : Semoga adik Hani tenang disana .. mangsa ke 3 maut akibat dilanggar depan sekolah (5Gambar)

Melaka : Murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Pegoh, Alor Gajah, di sini, yang dilanggar kereta di hadapan sekolahnya semalam, meninggal dunia 2.55 petang tadi.
Mangsa yang dirawat di Hospital Melaka (HM) cedera parah pada kepala dan badan, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Hani Harizah Hafizal, 7, disahkan meninggal dunia di Wad Pembedahan Kanak-Kanak HM.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Adb Aziz ketika dihubungi mengesahkan kematian murid terbabit.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, Hani Harizah baru tamat sesi persekolahan sebelum dirempuh Proton Preve dipandu seorang wanita.
Akibat kemalangan itu mangsa parah di kepala serta patah tangan kiri.-HM