Sayu : Selfie terakhir .. suami dijemput ajal 2 hari lepas dia habis cuti bersalin (5Gambar)

Kuala Selangor : Luahan sayu seorang isteri Anggota Bomba yang maut dalam kemalangan di Bukit Melawati, Norasfizah Kasnon baru 2 hari mula berkerja setelah 3 bulan bercuti bersalin anak tunggal mereka.
Suami nya Amir Hamzah maut dalam kemalangan itu, amat terkejut dan sedih apa yang berlaku memandangkan anak mereka baru 3 bulan, ikuti luahan isteri arwah di laman sosialnya.



Dua anggota bomba maut manakala dua lagi cedera apabila kenderaan dinaiki berlanggar dengan lori tangki di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Melawati, 6.30 pagi tadi.
Difahamkan, mangsa, Firdaus Mohd Nazri meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tanjong Karang manakala Amir Hamzah Saharudin ketika dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, ketika kejadian keempat-empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor itu dalam perjalanan untuk menjemput pegawai mereka sebelum bertolak ke Balai Bomba KLIA untuk menyertai program korban di situ.
"Namun, sewaktu berada di persimpangan lampu isyarat di pekan Kuala Selangor, kenderaan itu dipercayai dirempuh lori tangki yang menghala ke arah Tanjung Karang.
"Ia mengakibatkan dua anggota bomba yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, dua anggota bomba lain yang cedera iaitu Abdul Aziz Abdullah dan Syazwan Hafifi Jamal sedang dirawat di Hospital Tanjung Karang.-HM