Sayu : Selamat jalan sayang..akhirnya abang pergi tinggalkan saya dan anak-anak (4Gambar)

Pontian : Penatian isteri bersama 3 orang anak yang masih kecil menati khabar suami tercinta yang hilang dilaut berakhir dengan kesedihan.

Azura Hassadudin 23 terpaksa menerima hakikat suami nya Didi Nazri Jefri yang hilang di Kelong Seri Pantai Pontian 2 hari lalu ditemui lemas dan meninggal dunia.

Dia yang mempunyai 3 cahaya mata berusia 3tahun,2tahun dan 1bulan kini terpaksa tempuhi hidup tanpa suami tercinta.

Mayat suami nya berusia 26 tahun yang dikhuatiri lemas selepas hilang di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, awal pagi semalam ditemui pagi tadi.



Sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, mangsa Didi Nazri Jefri ditemui dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.25 pagi.
"Mayat mangsa ditemui berhampiran lokasi kejadian dan berikutan itu operasi SAR ditutup 12 tengah hari," katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Didi Nazril keluar bersama tiga rakan untuk memancing ikan di Kelong Seri Pantai dengan menaiki bot yang dipinjam daripada kenalannya.
Difahamkan, ketika memancing, mereka terkejut apabila bot yang ditambat pada tiang kelong putus dan mangsa bersama rakan terjun ke laut bagi menyelamatkan bot itu daripada terus hanyut.
Bagaimanapun, usaha mereka menyelamatkan bot itu gagal menyebabkan rakan mangsa naik semula ke kelong manakala Didi Nazril hilang dan dipercayai lemas.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan