Sayu : Selamat jalan sayang .. foto keluarga pengubat rindu Ustazah (8Gambar)

KUANTAN : Sungguh berat dugaan yang terpaksa ditempuh Ustazah Siti Suhaiza terpaksa menerima kehilangan dua insan tersayang sekelip mata.

Jenazah  Izwan Isa, 39, bersama anak perempuannya,  Nur Zulaikha Izwan,  5, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi kira-kira jam 11 malam tadi.
Talkin dibacakan oleh Kadi Kuantan, Abdul Zaki Mohd Zain.

Sebelum itu,  kedua-dua jenazah disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan,  Indera Mahkota.










Dua beranak itu maut akibat rempuhan kenderaan jenis go kart ketika perlumbaan berlangsung dalam Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMRACE) di Indera Mahkota pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika perlumbaan berlangsung di litar terbuka berhampiran Kompleks Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) , di sini.

Izwan bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat di Gebeng maut di lokasi kejadian manakala anak perempuannya Nur Zulaikha berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ketika mendapatkan rawatan.

Anak lelakinya,Muhammad Izz Daniel,7, yang cedera kini dirawat di HTAA.

Isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama sejak 2008 cedera ringan.

Kejadian berlaku dipercayai akibat rempuhan sebuah kenderaan go kart itu yang hilang kawalan lalu merempuh ke arah kawasan itu.
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment