Sayu : Sarjan tentera ditemui mati tergantung pagi hari raya Aidiladha di Sibu (2Gambar)

SIBU: Sambutan Aidiladha hari ini pasti menjadi yang paling muram dan menyedihkan bagi dua anak anggota tentera berpangkat sarjan, apabila bapa mereka ditemui mati tergantung di salah sebuah kamar tidur di rumah mereka pagi ini.
Kejadian berlaku awal pagi tadi di rumah yang didiami keluarga tersebut di Jalan Abang Barieng dekat sini.
Kematian mangsa yang bertugas dengan 9 Kor Polis Tentera dekat sini, disahkan oleh pasukan paramedik, dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat.
Pengesahan identiti kemudian mengenal pasti mangsa sebagai Sarjan Awang Helman Awang Bakeri, 40 tahun, yang dijadualkan tamat perkhidmatannya pada tahun hadapan.
Mangsa meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan yang masing-masing berusia 10 dan 6 tahun.
Pihak polis dan tentera masing-masing kini melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kes berlaku. – Sarawakvoice
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment