Sayu : Saaat jasad adik Rizal ditemui..dia lemas kereta bapa terjunam ke sungai (8Gambar)

Alor Setar: Muhammad Rizal Zakwan Mohd Radzi, 4, yang hilang selepas kereta dinaiki bersama bapa dan kakaknya terjunam ke dalam Sungai Santap, Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, Alor Setar 1.30 tengah hari tadi ditemui lemas pada kedalaman 4.5 meter, 3.58 petang tadi.
Kanak-kanak itu ditemui kira-kira 0.6 meter dari kereta Proton Wira Aeroback yang terjunam ke dalam sungai berkenaan.







Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan mayat kemudiannya serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Bapanya, Mohd Radzi Mat Akib, 54, dan dua kakak, Nurul Rasyidah,15, dan Nurul Rasyiqah, 11, bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu selepas berjaya keluar dari cermin belakang kereta yang pecah.-HM
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan