Sayu : Nadia dijemput ajal diperjalanan ke korban Perdana ajuran Umno Batu Bahat (6Gambar)

Batu Pahat: Wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Batu Pahat, maut selepas kereta dipandu merempuh tiang elektrik di Jalan Johor Bahru-Melaka,Tanjung Laboh, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Sharifah Nadiah Syed Omar, 34, maut serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Rengit bagi menghadiri program anjuran UMNO.





"Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik di tepi jalan berkenaan.
"Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Abdul Wahib berkata, mayat dibawa ke Hospitak Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-HM
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment