Sayu : Minat motosikal hingga akhir hayat .. dia maut kemalangan sebelum raya (5Gambar)

Sungai Petani: Peniaga nasi lemak maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan lori Kilometer 96.6, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat Sungai Lalang, kira-kira 1 tengah hari tadi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa, Muhamad Nasrul Naim Zakaria, 25, dalam perjalanan bersama tiga rakannya dari Alor Setar ke daerah ini.


Menurut sumber, kejadian berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa cuba memintas ke laluan kiri, namun bergesel dengan belakang lori dan hilang kawalan lalu terbalik di tepi lebuh raya.
"Akibatnya, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar dengan ambulans ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), dekat sini," katanya.