Sayu : Maaf kan ibu sayang .. Bayi 4 bulan maut tercampak ketika kemalangan (4Gambar)



KEMAMAN : Kelmarin sepatutnya genap kelahiran seorang bayi perempuan berusia empat bulan, namun takdir ALLAH SWT melebihi segalanya dan detik yang sepatutnya dilalui dengan kegembiraan bertukar menjadi detik penuh menyayat hati.

Nurul Aini Adhamia Nur Irwan Sham, empat bulan, maut dalam dakapan neneknya, Tengku Mimi Tengku Omar, 40-an dalam nahas di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan susur keluar Plaza Tol Kijal pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Ibu Mangsa 

Tinggal Kenangan 
Mangsa bersama neneknya yang berada di tempat duduk penumpang hadapan pada ketika kejadian tercampak keluar menerusi cermin sisi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail dipandu ibunya, Nurul Nadia Mohd Fauzi, 21, terbabas.

Akibat insiden tersebut, mangsa maut di tempat kejadian, manakala neneknya mengalami kecederaan parah dan kemalangan dikatakan berlaku ketika mangsa, ibu serta neneknya itu dalam perjalanan ke rumah moyang mangsa, Fatimah Abu Bakar, 75, di Bandar Seri Bandi, di sini.

Ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang kiri dan kanan jalan.-SINAR

Post a Comment

[blogger]

MARI themes

Powered by Blogger.