Sayu : Lambaian terakhir .. ini lah tempat bersemadi nya jasad Tuan Guru Haron Din (8Gambar)


KUALA LUMPUR : Jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat (AS) selepas solat Jumaat waktu tempatan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata sebelum itu jenazah Allahyarham akan dimandi dan disolatkan di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco, pada pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan (1.00 pagi Sabtu waktu Malaysia).





Anakanda Tuan Guru Hamdi Haron (Kiri)
Berikutan itu, beberapa masjid di seluruh negara akan mengadakan solat jenazah ghaib antaranya di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar malam Jumaat dan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pukul 9 pagi Sabtu.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.  - BERNAMA