Sayu : Dua beradik maut kemalangan ngeri malam tadi angkara melanggar lori ditepi jalan (10Gambar)

GOPENG : Dua adik beradik maut manakala tiga lagi termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka melanggar belakang lori di Kilometer 294.8 Lebuhraya Utara – Selatan arah Utara di sini, malam tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 8.10 malam itu, pemandu, Ibrahim Abu, 44, dan adiknya, Siti Aishah Abu, 22, yang merupakan penumpang belakang mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, anak mangsa, Muhammad Ikmal Syazwan, 11, mengalami kecederaan parah telah dihantar mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.








Menurutnya, dua lagi yang terselamat adalah Nur Azila, 33 serta seorang lagi anak mangsa, Nur Intan Syafina Ibrahim, 15 hanya mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki kenderaan jenis Isuzu Dmax dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh telah melanggar sebuah lori tanpa muatan yang berada di lorong kiri.

“Kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang lori menyebabkan kenderaan mereka diremuk di hadapan dan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya.

Kong Soon berkata, ketiga-tiga mangsa yang terselamat dihantar mendapatkan rawatan di HRPB manakala pemandu lori berusia 67 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu lori ditahan dan dibawa ke Hospital Kampar untuk diambil sampel darah dan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-SINAR
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan