Sayu :Bapa hantar anak seberang jalan sekolah..anak maut dilanggar ketika melintas (2Gambar)

Dungun : Murid Sekolah Kebangsaan Santong Paka, maut selepas dirempuh kereta di Kilometer 7.8 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) dekat Paka, 7.10 pagi tadi.
Muhammad Syamil Harun, 10, yang tinggal di Kampung Santong meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Mangsa dikatakan turun daripada kereta bapanya yang berhenti di seberang jalan sebaik tiba di hadapan sekolahnya.
Bagaimanapun, ketika mangsa melintas, kereta dipandu wanita dari arah Santong ke Paka gagal mengelak sebelum merempuh mangsa.
Mayat mangsa yang berpakaian baju pengakap dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.-HM
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment