Sayu : Adik Nur Auni dijemput ajal lemas ketika cuba ambil selipar nya (3Gambar)

DUNGUN: Seorang pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas 2, di sini dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras parit berhampiran rumahnya, petang ini. 

Ketika kejadian, Siti Nur Auni Sufiya Mohd Rosli, 7, dari Taman Setia, bandar Almuktaffi Billah Shah (AMBS) cuba mengambil seliparnya yang terjatuh dalam parit itu sedalam kira-kira dua meter, kira-kira jam 5.40 petang. 

Rakan mangsa, Nur Fazliyana Mohd Faizal, 8, berkata mangsa dihanyutkan arus deras kerana ketika itu parit dipenuhi air berikutan hujan lebat. 




"Saya cuba membantu menarik tangannya, tapi Siti Nur Auni rebah ketika tunduk mengambil seliparnya dan terus dihanyutkan arus deras," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mayat Siti Nor Auni Sufiya Mohd Rosli, 7, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jarak 1.5 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh, kira-kira 12 tengah malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Jaswari Awang berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada anggota polis yang kemudian membawanya ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. Al fatihah 
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan