Sayu : 5 jam dalam kereta ditinggal bapa bayi berusia setahun mati lemas kepanasan

JOHOR BAHRU : Seorang bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas terperangkap kira-kira lima jam di dalam kenderaan bapanya di Pekan Saleng, Kulai dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superin­tendan Razak Md. Said berkata, kejadian berkenaan hanya disedari bapa­nya kira-kira pukul 3.00 petang selepas lelaki tersebut menerima pa­nggilan daripada pengasuh­nya bertanyakan ke­napa bayi tersebut tidak dihantar seperti biasa.
“Menurut laporan yang dibuat, pada hari yang sama pukul 9.30 pagi, isteri lelaki berkenaan telah meletakkan bayi perempuan mereka berusia satu tahun di bahagian tempat duduk belakang ke­retanya untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman pasangan tersebut di Bandar Putra, Kulai.
“Lebih kurang pu­kul 10 pagi, lelaki tersebut terus ke tempat kerja dan ber­kerja di Pekan Saleng, tanpa menyedari bayi berkenaan masih berada di bahagian belakang kenderaan miliknya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. - R.I.P  K! ONLINE